PruBSN Anugerah Plus

Pelan Takaful komprehensif pertama yang mengabungkan perlindungan nyawa, perubatan, 43 penyakit kritikal termasuk kanser, pengganti sumber pendapatan, hibah dan banyak lagi.

PruBSN Warisan Plus

Memberikan jaminan keselamatan kepada orang tersayang melebihi jangka hayat anda supaya anda boleh menghargai setiap detik dalam hidup bersama mereka sekarang

PruBSN Asas Link

Membina Jaringan Keselamatan Kehidupan Anda Yang Lengkap

PruBSN Aspirasi

Penuhi aspirasi hidup anda hari ini.

Prudential BSN Takaful

PruBSN Takaful merupakan pengendali takaful terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan kewangan kepada keluarga dan komuniti di seluruh Malaysia

Wednesday, January 6, 2021

Glosari Takaful Keluarga



Entri

Maksud

Akaun Peserta

Akaun bagi mengkreditkan sebahagian caruman peserta bagi tujuan pelaburan/simpanan.

Akaun Khas Peserta

Akaun bagi mengkreditkan sebahagian caruman peserta bagi tujuan tabarru’.

Anuiti Takaful

Kontrak yang memperuntukkan pendapatan secara berkala selepas bersara bagi suatu tempoh

yang bergantung pada hayat seseorang.

Caruman

Wang yang diberi sekali atau secara berkala oleh peserta kepada pengendali takaful bagi tujuan

pelaburan dan tabarru’.

Deposit Pengendali Takaful Semula

Amaun yang didepositkan dengan atau disimpan oleh pengendali takaful sebagai jaminan pelaksanaan kontrak takaful semula oleh pengendali takaful semula

 

Dokumen Sijil

Bukti kontrak di antara peserta dengan pengendali takaful yang menetapkan terma dan

syarat sijil berkenaan.

Jadual Kemortalan

Jadual perangkaan yang menunjukkan kadar kematian pada setiap umur, biasanya dinyatakan

sebagai bilangan kematian bagi setiap ribu.

Kadar Perbelanjaan

Nisbah jumlah perbelanjaan bagi sesuatu tahun (termasuk komisen, gaji dan lain-lain) kepada

jumlah pendapatan caruman selain daripada caruman tunggal dan pembayaran untuk anuiti.

Lebihan pada Tarikh Penilaian

Lebihan daripada kumpulan wang takaful dihantar ke hadapan daripada liabiliti aktuari

kumpulan wang perniagaan takaful keluarga.

Pendapatan Pelaburan Bersih

Pulangan pelaburan selepas ditolak kadar nilai dan cukai.

Rider

Pindaan kepada syarat sijil takaful bagi meluaskan faedah sijil berkenaan.

Takaful Berkaitan Pelaburan

Kontrak yang nilai manfaat sijilnya berubah berdasarkan nilai aset pada waktu itu.

Takaful Keluarga Individu

Kontrak yang memperuntukkan manfaat takaful yang dibayar kepada individu akibat kematian/ keilatan kekal menyeluruh atau pendapatan berkala kepada peserta setelah bersara.

Takaful Keluarga Berkumpulan

Takaful keluarga (yang kebiasaannya tanpa melalui pemeriksaan perubatan) yang dikeluarkan

di bawah satu sijil induk bagi melindungi sekumpulan individu. la biasanya dikeluarkan kepada

majikan untuk faedah para pekerjanya, atau kepada ahli-ahli sesebuah persatuan.

Takaful Perubatan dan Kesihatan

Kontrak yang memperuntukkan pembayaran manfaat rawatan perubatan yang khusus seperti kos rawatan di hospital, kos pembedahan dan bil lawatan doktor pada risiko seseorang

menghidapi sesetengah penyakit atau kecederaan akibat kemalangan.

Tuntutan

Pemberitahuan kepada pengendali takaful bahawa pembayaran sejumlah manfaat harus dibuat

menurut terma sijil.


Kredit artikel asal: Laman sesawang rasmi Bank Negara Malaysia


Hubungi saya untuk rundingan percuma di http://wa.link/n6ncn5

atau

klik pautan ini untuk rundingan percuma (Free Quotation & Consultation) di

https://forms.gle/UVqxV2fKw8yCmBFr6



Abdul Rahman



Your friendly neighbourhood takaful agent



MD3 Agency

Tuesday, January 5, 2021

Pengecualian Biasa Kad Perubatan (Medical Card Waiver)

 


- Penyakit sedia ada jika penyakit tersebut tidak dinyatakan di dalam borang cadang atau

borang lain yang berkaitan selepas sijil berkuatkuasa

- Penyakit spesifik yang berlaku semasa 120 hari yang pertama Tempoh Menunggu.

- Apa-apa keadaan perubatan atua fizikal yang berlaku dalam tempoh menunggu 30 hari yang pertama dari tarikh sijil, kecuali kecederaan akibat kemalangan.

- Sebarang gigitan serangga termasuk gigitan nyamuk dan kecacingan semasa tempoh menunggu 30 hari yang pertama dari tarikh sijil berkuatkuasa.

- Pembedahan plastik/kosmetik, khatan, pemeriksaan mata, cermin mata, lensa, pembetulan rabun dekat dan jauh, pembedahan (keratotomy radial atau lasik) dan penggunaan atau pemerolehan perkakas atau alat prostetik luaran atau peranti perubatan tidak terhad kepada anggota tiruan, alat bantuan mendengar koklea radas, perentak luaran atau diimpian.

- Penyakit pergigian termasuk rawatan pergigian atau pembedahan oral kecuali disebabkan oleh kemalangan, pembedahan atau penyakit.

- Apa-apa rawatan atau pembedahan dijalankan untuk Keadaan Sejak Lahir (Kogenital) termasuk penyakit keturunan.

- Sebaran rawatan disebabkan oleh kehamilan sama ada secara langsung atau tidak.

Kecuali bagi manfaat Komplikasi Kehamilan di bawah plan Health Enrich.

- Kemasukan ke hospital yang tujuan utamanya ialah untuk penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan Xray,

pemeriksaan fizikal am atau pemeriksaan kesihatan rutin;

rawatan khusus untuk megurangkan atau menambahkan berat badan; pemulihan, penjagaan atau rehat pulih.

- Bunuh diri, percubaan membunuh diri atau kecederaan diri yang disengajakan.

- Sebarang kecederaan atau penyakit yang disebabkan oleh peperangan, rusuhan atau

cubaan melanggar undang-undang.

- Radiasi pengionan atau pencemaran radioaktif daripada mana-mana bahan api nuclear atau sisa nuklear.

- Siasatan dan rawatan ganguan tidur, berdengkur, rawatan untuk perpeluhan yang berlebihan dan yang berkaitan (rujuk sijil untuk pengecualian lengkap).

- AIDS, kewujudan sebarang jangkitan HIV atau penyakit yang disebarkan melalui hubungan seks.

- Perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan perubatan.

- Penyakit mental, penyakit jiwa, penyalahgunaan/ketagihan arak atau bahan.

- Sukan professional, sebarang jenis perlumbaan, selam skuba, aktiviti sukan udara dan sebarang aktiviti atau sukan berbahaya lain kecuali mendapatkan endorsement tertentu daripada syarikat.

- Perbelanjaan yang ditanggung untuk menukar seks dan transformasi jantina.

- Caj-caj yang tidak Berpatutan dan Biasa diamalkan, atau caj-caj yang melebihi caj yang Berpatutan dan Biasa Diamalkan.

NOTA PENTING: SILA RUJUK BUKU SIJIL UNTUK SENARAI PENUH PENGECUALIAN


Kredit artikel asal: Laman sesawang rasmi Prudential BSN Takaful

Hubungi saya untuk rundingan percuma di http://wa.link/n6ncn5 

atau 

klik pautan ini untuk rundingan percuma (Free Quotation & Consultation) di 

https://forms.gle/UVqxV2fKw8yCmBFr6 



Abdul Rahman 



Your friendly neighbourhood takaful agent 



MD3 Agency


PruBSN Aspirasi

Merupakan penyelesaian takaful untuk menjamin masa depan anda dari segi simpanan, pelaburan dan perlindungan, semua dalam satu pelan. Dengan...