Monday, January 18, 2021
Sunday, January 10, 2021
PruBSN Asas Link
Jadual Manfaat Pelan Asas Link PruBSN |
Hubungi saya untuk rundingan percuma di http://wa.link/n6ncn5
atau
klik pautan ini untuk rundingan percuma (Free Quotation & Consultation) di
https://forms.gle/UVqxV2fKw8yCmBFr6
Abdul Rahman
Your friendly neighbourhood takaful agent
MD3 Agency
Saturday, January 9, 2021
Kadar Penembusan Insurans, Takaful Masih Rendah
Oleh Alzahrin Alias - November 24, 2020 @ 5:22pm
zahrin@bh.com.my
Gambar fail. Ketua Eksekutif Prudential BSN Takaful, Wan Saifulrizal Wan Ismail. - Foto: NSTP/ AZIAH AZMEE
KUALA LUMPUR: Kadar penembusan produk insurans konvensional dan takaful di Malaysia masih rendah dan jauh daripada sasaran yang ditetapkan.
Ketua Pegawai Eksekutif Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN), Wan Saifulrizal Wan Ismail, berkata kadar polisi yang dicatatkan ketika ini adalah di bawah 40 peratus dan jauh berbeza dengan kebanyakan negara serantau.
Bagaimanapun, katanya perniagaan takaful ada menunjukkan pertumbuhan disebabkan peningkatan kesedaran perlindungan kewangan serta keperluan mendesak ketika ini disebabkan pandemik COVID-19.
"Kadar penembusan ini sebenarnya masih rendah dan berdasarkan laporan Bank Negara Malaysia (BNM), ianya masih sekitar 40 peratus.
Artikel Penuh: https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/11/757860/kadar-penembusan-insurans-takaful-masih-rendah
Friday, January 8, 2021
Industri Insurans, Takaful Cari Kaedah Kurangkan Perbelanjaan Pesakit Covid-19
| | 17 Januari 2021
KUALA LUMPUR - Industri insurans dan takaful sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan serta Bank Negara Malaysia untuk meneroka kaedah bagi mengurangkan perbelanjaan rawatan pesakit Covid-19 khususnya di hospital swasta.
Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dalam satu kenyataan bersama memberitahu secara amnya, risiko berkaitan pandemik tidak dilindungi di bawah mana-mana pelan insurans dan takaful di seluruh dunia.
"Pengecualian itu berpunca daripada kesukaran menetapkan harga untuk perlindungan berkaitan peristiwa seperti pandemik yang mungkin hanya berlaku sekali seumur hidup termasuk impak dan kos yang tidak dapat diduga. Covid-19 adalah pandemik; oleh itu ia tidak diinsuranskan/dilindungi di bawah manfaat insurans/takaful perubatan serta kesihatan.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/119574/KHAS/Covid-19/Industri-insurans-takaful-cari-kaedah-kurangkan-perbelanjaan-pesakit-Covid-19
© 2021 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Monday, January 4, 2021
PruBSN Warisan Plus
Pelan PruBSN Warisan Plus Peruntukan Pelaburan |
Sila rujuk kepada Pelan Ilustrasi untuk makluman lanjut mengenai kadar peruntukan sumbangan anda. Sumbangan
anda (setelah potongan caj Wakalah) akan dilabur di dalam dana berkaitan
pelaburan pilihan anda yang diluluskan Syariah. Pilih daripada 7 jenis dana pelaburan untuk menempatkan sumbangan anda berdasarkan pilihan risiko anda.
Untuk info lanjut tentang profil dana dan prestasi pelaburan yang lalu, sila layari www.prubsn.com.my Nota: 1. Premium bermula serendah RM100. 2. Perlindungan hibah minimum RM250,000. 3. Perlindungan kemalangan automatik sehingga 400% basic sum covered. 4. Pilihan tempoh bayaran 5, 10, 20 atau tempoh perlindungan penuh. 5. Pilihan tempoh matang selama 20 tahun, atau sehingga umur 70, 80, 90, 100. 6. Non medical limit sehingga 2 juta (tertakluk terma & syarat). 7. Terbuka kepada umur 1 hingga 70 tahun pada tarikh lahir akan datang. 8. Imunisasi haji umrah, RM 308 setiap 3 tahun. Ringkasan Manfaat PruBSN Warisan Plus 1. Jumlah perlindungan yang tinggi untuk kelangsungan hidup keluarga yang lebih lama Dengan nilai perlindungan minimum setinggi RM250,000 dari
PruBSN WarisanPlus, keluarga anda akan dapat mengekalkan gaya
hidup semasa dan membantu anda melangsaikan sebarang hutang apabila anda
meninggal dunia atau mengalami Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh
(TPD). Anda dan keluarga akan menerima manfaat berikut: Jumlah Perlindungan PruBSN Warisan Plus 2. Perlindungan yang boleh diubah suai dengan sumbangan yang berpatutan Tidak semua pelan perlindungan yang ada boleh menepati keperluan anda. Namun, dengan PruBSN WarisanPlus, anda boleh tambahkan rider mengikut keperluan anda seperti yang diingini. 3. Perlindungan penyakit unik Menerima pampasan apabila anda didiagnosis atau dimasukkan ke wad disebabkan penyakit berjangkit bergantung kepada kategori berikut: Pampasan Penyakit Berjangkit 4. Hibah Jamin mereka yang anda sayang dengan menamakan mereka sebagai penerima. Mereka akan menerima manfaat kematian tanpa melalui prosedur pewarisan harta yang berpanjangan. 5. Bantuan perbelanjaan pengebumian Meringankan beban keluarga anda apabila mereka menerima RM3,000 daripada manfaat Khairat. 6. Peluang pelaburan Anda boleh memilih daripada 7 jenis Dana berkaitan Pelaburan yang bersesuaian dengan keperluan risiko anda untuk meningkatkan nilai tunai dengan potensi pulangan yang lebih. 7. Permohonan yang mudah Tidak perlu melalui pemeriksaan perubatan untuk menikmati jumlah perlindungan asas sehingga RM2 juta. 8. Pilihan untuk melanjutkan perlindungan sehingga umur 100 tahun. Anda boleh melanjutkan tempoh perlindungan sehingga umur 100 tahun melalui pilihan Tempoh Lanjutan Sijil, tertakluk pada sumbangan tambahan yang diperlukan. 9. Melangkaui Semangat Takaful Membolehkan anda membantu golongan keluarga miskin tegar dan miskin untuk dilindungi dengan perlindungan takaful keluarga asas melalui rider Ihsan. Kredit artikel asal: Laman sesawang rasmi Prudential BSN Takaful Hubungi saya untuk rundingan percuma di http://wa.link/n6ncn5 |
Saturday, January 2, 2021
Apa Itu Hibah Takaful?
- Hadiah (wang tunai atau harta).
Hibah Bersyarat
- Hadiah (wang tunai atau harta) yang akan diberikan secara mutlak selepas berlakunya kematian kepada pemberi hadiah.
- Satu Skim Insurans berlandaskan prinsip Islam dengan menggunakan konsep tabung derma.
Contoh : A, B, C dan D menderma didalam satu tabung sebanyak RM1,000 seorang. Maka, didalam tabung terdapat RM4,000. Jika berlaku musibah kepada A, sejumlah Nilai Pampasan (contohnya RM3,000) akan dikeluarkan untuk membantu A.
Hibah Takaful
- Pemberian Hadiah dalam bentuk Nilai Pampasan Takaful kepada penama yang telah ditetapkan oleh Peserta Takaful.
Kepentingan dan Kelebihan Hibah Bersyarat dan Hibah Takaful
1. Paling penting, apabila berlaku kematian, segala aset akan dibekukan kecuali Pelan Takaful. Maka, segala Pampasan Takaful boleh diterima dengan cepat tanpa sebarang tangguhan.
2. Boleh digunakan untuk menguruskan proses pencairan harta Wasiat dan Faraid.
3. Boleh digunakan sebagai harta sementara sebelum harta-harta lain yang melalui Wasiat dan Faraid boleh diterima.
4. Menyelesaikan perbelanjaan keluarga untuk beberapa tempoh.
5. Segala hutang tertunggak boleh diuruskan keluarga dengan mudah dan pantas.
6. Penama adalah penerima mutlak.
7. Penama boleh diletakkan atas nama sesiapa sahaja tidak kira ahli faraid atau bukan.
8. Pampasan tidak perlu melalui prosedur wasiat atau faraid.
9. Hibah tidak boleh dipertikai. Maka hibah boleh mengelakkan daripada konflik keluarga seperti perebutan pampasan.
Kredit artikel asal: https://lifetakaful.com.my/
Hubungi saya untuk rundingan percuma di http://wa.link/n6ncn5
atau
klik pautan ini untuk rundingan percuma (Free Quotation & Consultation) di
https://forms.gle/UVqxV2fKw8yCmBFr6
Abdul Rahman
Your friendly neighbourhood takaful agent
MD3 Agency
Friday, January 1, 2021
Perbezaan Antara Takaful Dengan Insurans Konvensional
Takaful dan insurans memainkan peranan penting dalam memberikan perlindungan kewangan sekiranya perkara yang tidak diduga berlaku kepada anda, seperti mengidap penyakit kritikal, terlibat dalam kemalangan, mengalami kerugian harta benda, ataupun kematian.
Secara amnya, Takaful boleh dianggap seperti insurans versi Islamik, namun terdapat perbezaan pada prinsip dan kaedah bagaimana Takaful beroperasi. Takaful bukan sahaja terhad untuk orang Islam, malah ia juga terbuka kepada orang bukan Islam yang ingin melanggan dan menerima manfaat Takaful.
Apakah perbezaannya?
Dari segi asasnya, insurans melibatkan persetujuan antara orang yang dijamin (anda) dan syarikat insurans (yang akan menanggung risiko). Persetujuan ini dikenali sebagai polisi, dan untuk anda menerima perlindungan sebagai pemegang polisi, anda perlu membuat bayaran, juga dipanggil premium, kepada syarikat insurans yang berkenaan.
Premium yang dibuat akan dilaburkan oleh syarikat insurans. Anda tidak boleh memilih bagaimana pelaburan tersebut dibuat dan ini mungkin melibatkan perniagaan yang tidak mematuhi prinsip syariah, termasuk perniagaan yang mempunyai unsur perjudian, riba dan berisiko tinggi/ketidaktentuan.
Pertolongan Bersama dalam Takaful
Sama seperti insurans, pengendali Takaful akan melaburkan sumbangan anda juga. Walau bagaimanapun, hanya perniagaan patuh syariah sahaja yang berkelayakan. Oleh itu, beban fikiran anda dapat diringankan jika anda ingin memastikan langganan Takaful anda adalah patuh syariah.
Seperti dalam insurans konvensional, Takaful menawarkan pelbagai jenis pelan yang merangkumi perlindungan hayat/Takaful keluarga, perubatan, pendidikan, pelaburan, dan banyak lagi. Berdasarkan kontrak Takaful, perjanjian yang dibuat adalah berlandaskan konsep Ta`awun (kerjasama dan tolong-menolong). Ini bermakna peserta atau pemegang pelan Takaful bukan sahaja dapat melindungi diri mereka sendiri apabila ditimpa musibah, tetapi juga memberi bantuan kepada peserta Takaful lain yang berkelayakan, serta penama mereka.
Setiap kali para peserta membayar sumbangan atau caruman bagi pelan Takaful mereka, sebahagian daripada jumlah sumbangan tersebut akan disalurkan ke Dana Tabarru`. Dana ini akan digunakan untuk membayar pampasan kepada peserta yang membuat tuntutan yang perlu dibayar. Sebahagian lagi sumbangan mereka akan ditolak sebagai bayaran Caj Wakalah kepada pengendali Takaful kerana melaksanakan tugas sebagai “Wakil” dalam menguruskan perkhidmatan yang tersedia di bawah pelan.
Perkongsian Lebihan
Di PruBSN, dana Tabarru` dimiliki secara bersama oleh semua peserta Takaful. Apabila jumlah sumbangan yang dibuat kepada Tabarru` melebihi jumlah tuntutan yang dibayar dan jumlah rizab untuk satu tahun kewangan, lebihan ini akan dikongsi sama rata antara peserta dan PruBSN. Kami memanggil ini perkongsian lebihan. Ini bermakna anda tidak perlu menunggu sehingga akhir tempoh perlindungan Takaful anda untuk menerima perkongsian lebihan dari sumbangan anda, dan anda masih mengambil bahagian dalam perkongsian ini walaupun tuntutan telah dibuat.
Penamaan melalui Hibah bersyarat dalam Takaful
Hibah, yang bermaksud hadiah atau warisan, membenarkan peserta Takaful menamakan seseorang (atau beberapa orang) untuk menerima hibah setelah kematiannya, sekiranya peserta tersebut tidak ingin manfaat Takafulnya diagihkan sebagai harta pusaka bersama aset-aset yang lain. Ini merupakan ciri unik yang sesuai dengan produk jenis warisan, dan merupakan satu kelebihan pelan PruBSN WarisanPlus.
Rancanglah warisan anda dengan meninggalkan manfaat anda kepada orang tersayang dengan memilih untuk membuat penamaan secara Hibah bersyarat. Ini membolehkan anda menjaga serta melindungi ahli keluarga dan orang tersayang apabila anda tidak lagi mampu berbuat demikian. Dengan menamakan orang tersayang anda sebagai waris (bawah Hibah bersyarat), mereka akan dapat menerima manfaat selepas kematian anda tanpa melalui prosedur pewarisan yang lazimnya memakan masa yang panjang.
Takaful, anda memerlukannya!
Sebagai rumusan, Takaful mampu menyediakan satu jaringan keselamatan kewangan sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku. Jika anda belum dilindungi, kami mengesyorkan anda melanggan pelan Takaful. Sama ada anda mengalami penyakit kritikal, kehilangan upaya mahupun kematian yang tidak dijangka, Takaful memastikan bahawa anda dan orang tersayang anda menerima pampasan dan perlindungan sewajarnya.
Hubungi saya untuk rundingan percuma di http://wa.link/n6ncn5
atau
klik pautan ini untuk rundingan percuma (Free Quotation & Consultation) di
https://forms.gle/UVqxV2fKw8yCmBFr6
Abdul Rahman
Your friendly neighbourhood takaful agent
MD3 Agency
Apa Itu Takaful?
Takaful ertinya suatu perkiraan yang berasaskan pertolongan secara bersama yang di
bawahnya peserta Takaful bersetuju untuk menyumbang kepada suatu kumpulan wang
yang sarna, yang menyediakan manfaat kewangan bersama yang dibayar kepada peserta
takaful itu atau kepada benefisiarinya, pada masa berlaku sesuatu kejadian yang telah
dipersetujui terdahulu.
Takrifan menurut Seksyen 2(1) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
Takaful adalah berasaskan prinsip Ta 'awun (kerjasama/pertolongan bersama) yang mana penglibatan penyertaannya adalah Tabarru'at (kebajikan).
Apabila seseorang terlibat dalam skim Takaful, dia bukan sahaja mendapat perlindungan untuk dirinya,
malah bekerjasama dengan peserta-peserta lain untuk sarna-sarna menyumbang antara satu sarna lain ketika memerlukan.
Terdapat 3 aspek yang terangkum dalam Takaful:
-Pertolongan Bersama
-Perlindungan Bersama daripada Kerugian
-Tanggungjawab Bersama
Infografik Pelan Takaful Keluarga |
Hubungi saya untuk rundingan percuma di http://wa.link/n6ncn5
atau
klik pautan ini untuk rundingan percuma (Free Quotation & Consultation) di
https://forms.gle/UVqxV2fKw8yCmBFr6
Abdul Rahman
Your friendly neighbourhood takaful agent
MD3 Agency
PruBSN Aspirasi
Merupakan penyelesaian takaful untuk menjamin masa depan anda dari segi simpanan, pelaburan dan perlindungan, semua dalam satu pelan. Dengan...