Saturday, January 2, 2021

Apa Itu Hibah Takaful?


Hibah

  • Hadiah (wang tunai atau harta).

Hibah Bersyarat


  • Hadiah (wang tunai atau harta) yang akan diberikan secara mutlak selepas berlakunya kematian kepada pemberi hadiah.

Takaful

  • Satu Skim Insurans berlandaskan prinsip Islam dengan menggunakan konsep tabung derma.

Contoh : A, B, C dan D menderma didalam satu tabung sebanyak RM1,000 seorang. Maka, didalam tabung terdapat RM4,000. Jika berlaku musibah kepada A, sejumlah Nilai Pampasan (contohnya RM3,000) akan dikeluarkan untuk membantu A.

Hibah Takaful

  • Pemberian Hadiah dalam bentuk Nilai Pampasan Takaful kepada penama yang telah ditetapkan oleh Peserta Takaful.

Contoh : Merujuk kepada contoh sebelum. Semasa mendaftar Takaful, A telah menetapkan bahawa Pampasan Takaful akan diberikan kepada Waris. Setelah berlaku kematian (musibah) kepada A, Maka, Nilai Pampasan (RM3,000) akan diterima mutlak kepada Waris




Pelan Hibah PruBSN Warisan Plus


Kepentingan dan Kelebihan Hibah Bersyarat dan Hibah Takaful

1. Paling penting, apabila berlaku kematian, segala aset akan dibekukan kecuali Pelan Takaful. Maka, segala Pampasan Takaful boleh diterima dengan cepat tanpa sebarang tangguhan.

2. Boleh digunakan untuk menguruskan proses pencairan harta Wasiat dan Faraid.

3. Boleh digunakan sebagai harta sementara sebelum harta-harta lain yang melalui Wasiat dan Faraid boleh diterima.

4. Menyelesaikan perbelanjaan keluarga untuk beberapa tempoh.

5. Segala hutang tertunggak boleh diuruskan keluarga dengan mudah dan pantas.

6. Penama adalah penerima mutlak.

7. Penama boleh diletakkan atas nama sesiapa sahaja tidak kira ahli faraid atau bukan.

8. Pampasan tidak perlu melalui prosedur wasiat atau faraid.

9. Hibah tidak boleh dipertikai. Maka hibah boleh mengelakkan daripada konflik keluarga seperti perebutan pampasan.


Kredit artikel asal: https://lifetakaful.com.my/ 



Hubungi saya untuk rundingan percuma di http://wa.link/n6ncn5

atau

klik pautan ini untuk rundingan percuma (Free Quotation & Consultation) di

https://forms.gle/UVqxV2fKw8yCmBFr6



Abdul Rahman



Your friendly neighbourhood takaful agent



MD3 Agency

0 comments:

Post a Comment

PruBSN Aspirasi

Merupakan penyelesaian takaful untuk menjamin masa depan anda dari segi simpanan, pelaburan dan perlindungan, semua dalam satu pelan. Dengan...