Wednesday, January 6, 2021

Glosari Takaful Keluarga



Entri

Maksud

Akaun Peserta

Akaun bagi mengkreditkan sebahagian caruman peserta bagi tujuan pelaburan/simpanan.

Akaun Khas Peserta

Akaun bagi mengkreditkan sebahagian caruman peserta bagi tujuan tabarru’.

Anuiti Takaful

Kontrak yang memperuntukkan pendapatan secara berkala selepas bersara bagi suatu tempoh

yang bergantung pada hayat seseorang.

Caruman

Wang yang diberi sekali atau secara berkala oleh peserta kepada pengendali takaful bagi tujuan

pelaburan dan tabarru’.

Deposit Pengendali Takaful Semula

Amaun yang didepositkan dengan atau disimpan oleh pengendali takaful sebagai jaminan pelaksanaan kontrak takaful semula oleh pengendali takaful semula

 

Dokumen Sijil

Bukti kontrak di antara peserta dengan pengendali takaful yang menetapkan terma dan

syarat sijil berkenaan.

Jadual Kemortalan

Jadual perangkaan yang menunjukkan kadar kematian pada setiap umur, biasanya dinyatakan

sebagai bilangan kematian bagi setiap ribu.

Kadar Perbelanjaan

Nisbah jumlah perbelanjaan bagi sesuatu tahun (termasuk komisen, gaji dan lain-lain) kepada

jumlah pendapatan caruman selain daripada caruman tunggal dan pembayaran untuk anuiti.

Lebihan pada Tarikh Penilaian

Lebihan daripada kumpulan wang takaful dihantar ke hadapan daripada liabiliti aktuari

kumpulan wang perniagaan takaful keluarga.

Pendapatan Pelaburan Bersih

Pulangan pelaburan selepas ditolak kadar nilai dan cukai.

Rider

Pindaan kepada syarat sijil takaful bagi meluaskan faedah sijil berkenaan.

Takaful Berkaitan Pelaburan

Kontrak yang nilai manfaat sijilnya berubah berdasarkan nilai aset pada waktu itu.

Takaful Keluarga Individu

Kontrak yang memperuntukkan manfaat takaful yang dibayar kepada individu akibat kematian/ keilatan kekal menyeluruh atau pendapatan berkala kepada peserta setelah bersara.

Takaful Keluarga Berkumpulan

Takaful keluarga (yang kebiasaannya tanpa melalui pemeriksaan perubatan) yang dikeluarkan

di bawah satu sijil induk bagi melindungi sekumpulan individu. la biasanya dikeluarkan kepada

majikan untuk faedah para pekerjanya, atau kepada ahli-ahli sesebuah persatuan.

Takaful Perubatan dan Kesihatan

Kontrak yang memperuntukkan pembayaran manfaat rawatan perubatan yang khusus seperti kos rawatan di hospital, kos pembedahan dan bil lawatan doktor pada risiko seseorang

menghidapi sesetengah penyakit atau kecederaan akibat kemalangan.

Tuntutan

Pemberitahuan kepada pengendali takaful bahawa pembayaran sejumlah manfaat harus dibuat

menurut terma sijil.


Kredit artikel asal: Laman sesawang rasmi Bank Negara Malaysia


Hubungi saya untuk rundingan percuma di http://wa.link/n6ncn5

atau

klik pautan ini untuk rundingan percuma (Free Quotation & Consultation) di

https://forms.gle/UVqxV2fKw8yCmBFr6



Abdul Rahman



Your friendly neighbourhood takaful agent



MD3 Agency

0 comments:

Post a Comment

PruBSN Aspirasi

Merupakan penyelesaian takaful untuk menjamin masa depan anda dari segi simpanan, pelaburan dan perlindungan, semua dalam satu pelan. Dengan...