PruBSN Anugerah Plus

Pelan Takaful komprehensif pertama yang mengabungkan perlindungan nyawa, perubatan, 43 penyakit kritikal termasuk kanser, pengganti sumber pendapatan, hibah dan banyak lagi.

PruBSN Warisan Plus

Memberikan jaminan keselamatan kepada orang tersayang melebihi jangka hayat anda supaya anda boleh menghargai setiap detik dalam hidup bersama mereka sekarang

PruBSN Asas Link

Membina Jaringan Keselamatan Kehidupan Anda Yang Lengkap

PruBSN Aspirasi

Penuhi aspirasi hidup anda hari ini.

Prudential BSN Takaful

PruBSN Takaful merupakan pengendali takaful terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan kewangan kepada keluarga dan komuniti di seluruh Malaysia

Showing posts with label Tabarru. Show all posts
Showing posts with label Tabarru. Show all posts

Friday, January 1, 2021

Perbezaan Antara Takaful Dengan Insurans Konvensional


Takaful dan insurans memainkan peranan penting dalam memberikan perlindungan kewangan sekiranya perkara yang tidak diduga berlaku kepada anda, seperti mengidap penyakit kritikal, terlibat dalam kemalangan, mengalami kerugian harta benda, ataupun kematian.


Secara amnya, Takaful boleh dianggap seperti insurans versi Islamik, namun terdapat perbezaan pada prinsip dan kaedah bagaimana Takaful beroperasi. Takaful bukan sahaja terhad untuk orang Islam, malah ia juga terbuka kepada orang bukan Islam yang ingin melanggan dan menerima manfaat Takaful.


Apakah perbezaannya?


Dari segi asasnya, insurans melibatkan persetujuan antara orang yang dijamin (anda) dan syarikat insurans (yang akan menanggung risiko). Persetujuan ini dikenali sebagai polisi, dan untuk anda menerima perlindungan sebagai pemegang polisi, anda perlu membuat bayaran, juga dipanggil premium, kepada syarikat insurans yang berkenaan.


Premium yang dibuat akan dilaburkan oleh syarikat insurans. Anda tidak boleh memilih bagaimana pelaburan tersebut dibuat dan ini mungkin melibatkan perniagaan yang tidak mematuhi prinsip syariah, termasuk perniagaan yang mempunyai unsur perjudian, riba dan berisiko tinggi/ketidaktentuan.


Pertolongan Bersama dalam Takaful


Sama seperti insurans, pengendali Takaful akan melaburkan sumbangan anda juga. Walau bagaimanapun, hanya perniagaan patuh syariah sahaja yang berkelayakan. Oleh itu, beban fikiran anda dapat diringankan jika anda ingin memastikan langganan Takaful anda adalah patuh syariah.


Seperti dalam insurans konvensional, Takaful menawarkan pelbagai jenis pelan yang merangkumi perlindungan hayat/Takaful keluarga, perubatan, pendidikan, pelaburan, dan banyak lagi. Berdasarkan kontrak Takaful, perjanjian yang dibuat adalah berlandaskan konsep Ta`awun (kerjasama dan tolong-menolong). Ini bermakna peserta atau pemegang pelan Takaful bukan sahaja dapat melindungi diri mereka sendiri apabila ditimpa musibah, tetapi juga memberi bantuan kepada peserta Takaful lain yang berkelayakan, serta penama mereka.


Setiap kali para peserta membayar sumbangan atau caruman bagi pelan Takaful mereka, sebahagian daripada jumlah sumbangan tersebut akan disalurkan ke Dana Tabarru`. Dana ini akan digunakan untuk membayar pampasan kepada peserta yang membuat tuntutan yang perlu dibayar. Sebahagian lagi sumbangan mereka akan ditolak sebagai bayaran Caj Wakalah kepada pengendali Takaful kerana melaksanakan tugas sebagai “Wakil” dalam menguruskan perkhidmatan yang tersedia di bawah pelan.


Perkongsian Lebihan


Di PruBSN, dana Tabarru` dimiliki secara bersama oleh semua peserta Takaful. Apabila jumlah sumbangan yang dibuat kepada Tabarru` melebihi jumlah tuntutan yang dibayar dan jumlah rizab untuk satu tahun kewangan, lebihan ini akan dikongsi sama rata antara peserta dan PruBSN. Kami memanggil ini perkongsian lebihan. Ini bermakna anda tidak perlu menunggu sehingga akhir tempoh perlindungan Takaful anda untuk menerima perkongsian lebihan dari sumbangan anda, dan anda masih mengambil bahagian dalam perkongsian ini walaupun tuntutan telah dibuat.


Penamaan melalui Hibah bersyarat dalam Takaful


Hibah, yang bermaksud hadiah atau warisan, membenarkan peserta Takaful menamakan seseorang (atau beberapa orang) untuk menerima hibah setelah kematiannya, sekiranya peserta tersebut tidak ingin manfaat Takafulnya diagihkan sebagai harta pusaka bersama aset-aset yang lain. Ini merupakan ciri unik yang sesuai dengan produk jenis warisan, dan merupakan satu kelebihan pelan PruBSN WarisanPlus. 

Rancanglah warisan anda dengan meninggalkan manfaat anda kepada orang tersayang dengan memilih untuk membuat penamaan secara Hibah bersyarat. Ini membolehkan anda menjaga serta melindungi ahli keluarga dan orang tersayang apabila anda tidak lagi mampu berbuat demikian. Dengan menamakan orang tersayang anda sebagai waris (bawah Hibah bersyarat), mereka akan dapat menerima manfaat selepas kematian anda tanpa melalui prosedur pewarisan yang lazimnya memakan masa yang panjang.


Takaful, anda memerlukannya!


Sebagai rumusan, Takaful mampu menyediakan satu jaringan keselamatan kewangan sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku. Jika anda belum dilindungi, kami mengesyorkan anda melanggan pelan Takaful. Sama ada anda mengalami penyakit kritikal, kehilangan upaya mahupun kematian yang tidak dijangka, Takaful memastikan bahawa anda dan orang tersayang anda menerima pampasan dan perlindungan sewajarnya.




                    PERBEZAAN ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS KONVENSIONAL


Kredit artikel asal: Laman sesawang rasmi Prudential BSN Takaful

Hubungi saya untuk rundingan percuma di http://wa.link/n6ncn5 

atau 

klik pautan ini untuk rundingan percuma (Free Quotation & Consultation) di 

https://forms.gle/UVqxV2fKw8yCmBFr6 



Abdul Rahman 



Your friendly neighbourhood takaful agent 



MD3 Agency

Apa Itu Takaful?


Takaful ertinya suatu perkiraan yang berasaskan pertolongan secara bersama yang di

bawahnya peserta Takaful bersetuju untuk menyumbang kepada suatu kumpulan wang

yang sarna, yang menyediakan manfaat kewangan bersama yang dibayar kepada peserta

takaful itu atau kepada benefisiarinya, pada masa berlaku sesuatu kejadian yang telah

dipersetujui terdahulu.

Takrifan menurut Seksyen 2(1) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013


Takaful adalah berasaskan prinsip Ta 'awun (kerjasama/pertolongan bersama) yang mana penglibatan penyertaannya adalah Tabarru'at (kebajikan).


Apabila seseorang terlibat dalam skim Takaful, dia bukan sahaja mendapat perlindungan untuk dirinya,

malah bekerjasama dengan peserta-peserta lain untuk sarna-sarna menyumbang antara satu sarna lain ketika memerlukan.


Terdapat 3 aspek yang terangkum dalam Takaful:

-Pertolongan Bersama 

-Perlindungan Bersama daripada Kerugian 

-Tanggungjawab Bersama


Infografik Pelan Takaful Keluarga

                                              
Kredit artikel asal: Laman sesawang rasmi Prudential BSN Takaful

Hubungi saya untuk rundingan percuma di http://wa.link/n6ncn5 

atau 

klik pautan ini untuk rundingan percuma (Free Quotation & Consultation) di 

https://forms.gle/UVqxV2fKw8yCmBFr6 



Abdul Rahman 



Your friendly neighbourhood takaful agent 



MD3 Agency

             

PruBSN Aspirasi

Merupakan penyelesaian takaful untuk menjamin masa depan anda dari segi simpanan, pelaburan dan perlindungan, semua dalam satu pelan. Dengan...