Wednesday, January 6, 2021

Glosari Takaful Am



Entri

Maksud

Caruman Bersih

Caruman kasar selepas ditolak semua caruman takaful semula kena bayar

Caruman Langsung Kasar

Caruman berdasarkan kadar kasar asal yang dikenakan ke atas pelanggan untuk perniagaan takaful langsung tanpa potongan komisen atau brokeraj.

Fasal Purata

Menetapkan bahawa perkadaran kerugian yang ditanggung oleh kumpulan wang takaful bergantung pada jumlah nilai dilindungi kepada jumlah nilai risiko.

Indemniti

Pemulihan kerugian kepada pihak yang menuntut dengan cara bayaran, pembaikan atau penggantian.

Kerugian Menyeluruh

Kerugian yang begitu besar sehingga ianya boleh dianggap sebagai tidak mempunyai nilai lagi.

Tuntutan Tertanggung Tetapi Tidak Dilaporkan

Kerugian yang berlaku sepanjang tempoh yang dinyatakan, biasanya sesuatu tahun kewangan, tetapi masih belum dilaporkan kepada pengendali takaful semasa tarikh dalam pertimbangan.

Keuntungan/Kerugian Pengunderaitan

Pendapatan caruman terperoleh selepas ditolak tuntutan bersih tertanggung, komisen dan perbelanjaan pengurusan.

Nisbah Bendungan

Nisbah caruman bersih kepada caruman langsung kasar dan caruman takaful semula diterima tolak takaful semula dalam Malaysia.

Nisbah Tuntutan

Nisbah tuntutan bersih tertanggung kepada caruman terperoleh.

Pendapatan Caruman Terperoleh

Caruman bersih selepas ditolak peruntukan untuk rizab bagi caruman tidak terperoleh pada akhir tahun campur rizab bagi caruman tidak terperoleh pada awal tahun.

Rizab Caruman Tidak Terperoleh

Caruman yang diterima bagi risiko yang belum tamat pada akhir tempoh perakaunan.

Caruman Langsung Kasar

Caruman berdasarkan kadar kasar asal yang dikenakan ke atas pelanggan untuk perniagaan takaful langsung tanpa potongan komisen atau brokeraj.

Takaful Am

Perlindungan kepada peserta daripada kerugian akibat bencana seperti kemalangan,kebakaran, banjir, liabiliti dan kecurian.

Triti Fakultatif

Kontrak takaful semula yang menetapkan pengendali takaful yang mengesid mempunyai pilihan bagi mengesid dan pengendali takaful semula mempunyai pilihan bagi menerima atau menolak sesuatu risiko.

Triti Lebihan Kerugian

Sejenis triti takaful semula yang menetapkan pengendali takaful semula membayar semua atau peratusan yang ditentukan daripada kerugian yang timbul akibat kejadian atau peristiwa (sering kali bersifat lebih hampir kepada malapetaka) melebihi jumlah yang ditetapkan, dan sehingga ke suatu had yang ditetapkan.hospital, kos pembedahan dan bil lawatan doktor pada risiko seseorang menghidapi sesetengah penyakit atau kecederaan akibat kemalangan.

Triti Proposional

Kontrak di antara pengendali takaful dan pengendali takaful semula bagi menyertai perkadaran tertentu, pembahagian caruman dan kerugian ke atas setiap risiko yang tertakluk di bawah skop kontrak itu.

Tuntutan Bersih Tertanggung

Tuntutan bersih dibayar selepas ditolak peruntukan bagi tuntutan belum dibayar pada awal tahun campur peruntukan bagi tuntutan belum dibayar pada akhir tahun.


Kredit artikel asal: Laman sesawang rasmi Bank Negara Malaysia (BNM)




Hubungi saya untuk rundingan percuma di http://wa.link/n6ncn5

atau

klik pautan ini untuk rundingan percuma (Free Quotation & Consultation) di

https://forms.gle/UVqxV2fKw8yCmBFr6



Abdul Rahman



Your friendly neighbourhood takaful agent



MD3 Agency

0 comments:

Post a Comment

PruBSN Aspirasi

Merupakan penyelesaian takaful untuk menjamin masa depan anda dari segi simpanan, pelaburan dan perlindungan, semua dalam satu pelan. Dengan...