PruBSN Anugerah Plus

Pelan Takaful komprehensif pertama yang mengabungkan perlindungan nyawa, perubatan, 43 penyakit kritikal termasuk kanser, pengganti sumber pendapatan, hibah dan banyak lagi.

PruBSN Warisan Plus

Memberikan jaminan keselamatan kepada orang tersayang melebihi jangka hayat anda supaya anda boleh menghargai setiap detik dalam hidup bersama mereka sekarang

PruBSN Asas Link

Membina Jaringan Keselamatan Kehidupan Anda Yang Lengkap

PruBSN Aspirasi

Penuhi aspirasi hidup anda hari ini.

Prudential BSN Takaful

PruBSN Takaful merupakan pengendali takaful terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan kewangan kepada keluarga dan komuniti di seluruh Malaysia

Saturday, January 30, 2021

PruBSN Aspirasi

Merupakan penyelesaian takaful untuk menjamin masa depan anda dari segi simpanan, pelaburan dan perlindungan, semua dalam satu pelan. Dengan PruBSN Aspirasi, anda akan dapat merancang dan menguruskan kewangan anda secara strategik. 

Apa yang anda perlu lakukan adalah menilai keupayaan kewangan semasa anda supaya anda dapat memastikan bahawa pada penghujung hari nanti, anda mempunyai dana yang kukuh untuk aspirasi kehidupan anda.

  • DANA GAYA HIDUP YANG KUKUH
  •  Bebas hutang
  •  Mengerjakan Haji /Umrah dengan keluarga anda
  •  Menaja percutian impian ibu bapa anda
  • DANA PENDIDIKAN YANG KUKUH
  • Menghantar anak anda ke universiti yang tersohor
  • Mendaftar anak anda kesekolah muzik yang terkenal  
  • DANA PERSARAAN YANG KUKUH 
    • Menikmati persaraan anda tanpa kerisauan
    • Mengembara bersama pasangan anda
    • Mengubahsuai rumahanda tanpa menggunakan simpanan KWSP

    Manfaat Pelan PruBSN Aspirasi

    1. Bayaran Tunai Tahunan

    Anda akan menerima peningkatan bayaran tunai tahunan bermula dari akhir tahun
    sijil ke-2 hingga akhir tempoh manfaat. 
    Pilihan untuk menggunakannya atau melabur semula bayaran tunai tahunan.

    2. Perlindungan Hayat

    Anda & keluarga anda akan dilindungi dari segi kewangan jika Hilang Upaya
    Kekal dan Menyeluruh (TPD) atau kematian berlaku kepada anda.

    3. Bayaran Pada Tempoh Matang

    Anda akan menerima sejumlah wang tunai pada akhir tempoh manfaat yang mana yang lebih tinggi.

    Manfaat Akhir Tempoh


    4. Penerimaan Dijamin

    Tidak perlu melalui pemeriksaan kesihatan.
    Syarat: Perlindungan < RM300,000 umur kurang 60 tahun & tiada coverage Rider.

    5. Fleksibiliti

    Anda boleh menentukan Tempoh Sumbangan, Tempoh Bayaran dan Rider Pilihan anda sendiri.


    Jadual Tempoh Bayaran Sumbangan & Tempoh Manfaat


    6. Potensi Pulangan Lebih Tinggi

    Apabila anda melampirkan Takaful Saver, sebahagiandaripada sumbangan anda akan diperuntukkan untuk pelaburan dalam mana-mana dana berkaitan pelaburan pilihan anda.


    Manfaat Pelan PruBSN Aspirasi



    Kredit artikel asal: Laman sesawang rasmi Prudential BSN Takaful

    Hubungi saya untuk rundingan percuma di http://wa.link/n6ncn5 

    atau 

    klik pautan ini untuk rundingan percuma (Free Quotation & Consultation) di 

    https://forms.gle/UVqxV2fKw8yCmBFr6 


    Abdul Rahman 


    Your friendly neighbourhood takaful agent 


    MD3 Agency






    Apa Itu Step Up Contribution Dan Level Term Contribution?

     Pilihan Sumbangan


    Terdapat dua pilihan sumbangan yang boleh dipilih oleh peserta Takaful PruBSN iaitu:


    a. Step-Up Contribution 

        Dengan Step-Up Contribution, sumbangan Medic Protector anda akan berubah setiap tiga tahun.


    b. Level Contribution

        Dengan Level Contribution, sumbangan Medic Protector anda akan kekal sama  sepanjang tempoh polisi. 


    Perbezaan Antara Step-Up Contribution dan Level Contribution


    Nota:

    • Walaubagaimanapun, kadar sumbangan bagi Medic Protector adalah tidak dijamin tidak kira pilihan sumbangan (Step-Up atau Level) yang diambil. Pihak PruBSN Takaful boleh meminda kadar sumbangan dan kadar Tabarru' disebabkan oleh keadaan yang tidak mengizinkan dan luar jangka seperti inflasi kos perubatan dan penggunaan tinggi perkhidmatan perubatan; dengan memberikan anda notis bertulis dalam tempoh 30 hari sebelum perubahan harga. Sila rujuk Ilustrasi Produk untuk maklumat lanjut berkaitan sumbangan anda.
    • Untuk maklimat lanjut berkaitan Medic Protector, sila rujuk risalah Medic Protector

    Kredit artikel asal: Laman sesawang rasmi Prudential BSN Takaful

    Hubungi saya untuk rundingan percuma di http://wa.link/n6ncn5 

    atau 

    klik pautan ini untuk rundingan percuma (Free Quotation & Consultation) di 

    https://forms.gle/UVqxV2fKw8yCmBFr6 


    Abdul Rahman 


    Your friendly neighbourhood takaful agent 


    MD3 Agency




    Monday, January 18, 2021

    Tentang Takaful

    Sunday, January 10, 2021

    PruBSN Asas Link

     


    Impian (untuk < 18 tahun):

    PruBSN Impian merupakan penyelesaian perlindungan takaful dan simpanan yang komprehensif demi memenuhi keperluan perlindungan dan masa depan anak anda.

    1. Pelan pendidikan yang komprehensif.
    2. Premium serendah RM100.
    3. Perlindungan perlindungan minimum bermula RM25,000.
    4. Pilihan tempoh perlindungan sehingga umur 60, 70, 80, 90 & 100.
    5. Terbuka kepada seawal 14 minggu kehamilan sehingga umur 18 tahun.

    Setia (untuk > 18 tahun):

    PruBSN Setia adalah pakej perlindungan yang berdasarkan pada PruBSN AsasLink
    Disertakan dengan rider penyakit kritikal, perubatan, kemalangan, dan rider Contributor,
    ia adalah sebuah pelan penyelesaian takaful yang komprehensif bagi memenuhi segala
    keperluan perlindungan anda. 

    Malah dengan Takaful Saver, pelan ini juga berfungsi sebagai pelan simpanan untuk dana persaraan anda.

    1. Pelan komprehensif “Investmentlink Plan”.
    2. Premium serendah RM100.
    3. Jumlah perlindungan minimum RM25,000.
    4. Pilihan tempoh perlindungan selama 20 tahun atau sehingga umur 60, 70, 80, 90, 100 tahun.
    5. Terbuka kepada umur 19 hingga 70 tahun sahaja.

    Manfaat Pelan Asas Link PruBSN

    Jadual Manfaat Pelan Asas Link PruBSN


    Rancangan Perjalanan Perlindungan Pelan Asas Link PruBSN


    Kredit artikel asal: Laman sesawang rasmi Prudential BSN Takaful

    Hubungi saya untuk rundingan percuma di http://wa.link/n6ncn5 

    atau 

    klik pautan ini untuk rundingan percuma (Free Quotation & Consultation) di 

    https://forms.gle/UVqxV2fKw8yCmBFr6 


    Abdul Rahman 


    Your friendly neighbourhood takaful agent 


    MD3 Agency










    Video Promosi PruBSN Warisan Plus

     


                    Kredit Video: Laman saluran Youtube rasmi PruBSN Official 

    Saturday, January 9, 2021

    Video Promosi PruBSN Anugerah Plus

                     PruBSN AnugerahPlus Promo Video (Episod 1)


                   PruBSN AnugerahPlus Promo Video (Episod 2)



                   PruBSN AnugerahPlus Promo Video (Episod 3)




                    Kredit Video: Laman saluran Youtube rasmi PruBSN Official 


     

    Kadar Penembusan Insurans, Takaful Masih Rendah

    Oleh Alzahrin Alias - November 24, 2020 @ 5:22pm

    zahrin@bh.com.my


    Gambar fail. Ketua Eksekutif Prudential BSN Takaful, Wan Saifulrizal Wan Ismail. - Foto: NSTP/ AZIAH AZMEE


    KUALA LUMPUR: Kadar penembusan produk insurans konvensional dan takaful di Malaysia masih rendah dan jauh daripada sasaran yang ditetapkan.

    Ketua Pegawai Eksekutif Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN), Wan Saifulrizal Wan Ismail, berkata kadar polisi yang dicatatkan ketika ini adalah di bawah 40 peratus dan jauh berbeza dengan kebanyakan negara serantau.

    Bagaimanapun, katanya perniagaan takaful ada menunjukkan pertumbuhan disebabkan peningkatan kesedaran perlindungan kewangan serta keperluan mendesak ketika ini disebabkan pandemik COVID-19.

    "Kadar penembusan ini sebenarnya masih rendah dan berdasarkan laporan Bank Negara Malaysia (BNM), ianya masih sekitar 40 peratus.


    Artikel Penuh: https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/11/757860/kadar-penembusan-insurans-takaful-masih-rendah


    Friday, January 8, 2021

    Syarat-Syarat Kad Perubatan


    1. Ketidak boleh pertikaian & salah nyata (Clause 12.1)

    Kesahihan sijil ini tidak boleh dipertikaikan lagi selepas ia berkuatkuasa semasa orang yang dilindungi masih hidup untuk tempoh dua (2) tahun dari tarikh permulaan atau mana-mana tarikh yang mana sijil ini telah dikuatkuasakan semula, yang mana terkemudian. (semua syarikat termasuk PruBSN syarikat berhak untuk menjalankan siasatan ke atas polisi yang berkuatkuasa dalam tempoh 2 tahun pertama).

    2. Takrifan, pengecualian dan syarat, Lampiran 200 (clause 3.1) 248 (clause 5.1)

    Kami berhak mengubah sumbangan dan/atau ‘Tabarru’ bagi manfaat ini pada bila-bila masa dengan memberi pemberitahuan sembilan puluh (90) hari kepada anda, perubahan kepada sumbangan akan berkuatkuasa dari tarikh ulang tahun sijil yang berikutnya.

    Guarantee Letter & Hospital Alliance Services

    1. Ialah satu kemudahan yang disediakan oleh Pru BSN sebagai sebahagian daripada ‘Cashless Complimentary Service’ kepada pelanggan untuk mendapatakan rawatan Hospital tanpa membayar bil terlebih dahulu dan klaim kemudian

    (Sebagai contoh ianya sama seperti kad ATM yang mana ianya memudahkan orang ramai mengeluarkan duit tanpa perlu ke kaunter bank).

    2. Pihak syarikat ada hak untuk menolak permohonan masuk wad mengunakan medical card secara online sekiranya kemasukan ke wad disebabkan oleh sakit spesifik atau sakit lain yang meragukan dalam masa menunggu 120 hari pertama atau selepas dan polisi kurang dari 24 bulan (incontestable & misrepresentaion (clause 12.1 & 12.1.4))

    Decline GL tidak bermakna decline claim. hanya HAS service sahaja yang ditarik sementara siasatan dijalankan, klien masih boleh membuat tuntutan secara manual, walaubagaimanapun kelulusan tuntutan tertakhluk kepada siasatan.

    Antara kes yang biasa di siasat adalah:

    1. Penyakit-penyakit kronik & berulang yang mungkin sedia ada sebelum membeli polisi takaful,

    contohnya: Tansil, Sinus, Stone, Jantung, High Blood Preasure & Diabetik.

    2. Apa-apa penyakit konginetal seperti jantung berlubang, G6PD dan lain-lain.

    3. Penyakit spesifik - Diabetic Hypertension, kardiovascular (jantung, Tumor, Cancer, Sista, nodul, polip, Batu karang, ENT, Sinus, Hernia, Endometrisis, Tulang belakang & Lutut dll. (rujuk polisi untuk senarai penuh penyakit spesifik).

    Semua syarikat takaful akan menjalankan siasatan untuk mengetahui adakah penyakit ini wujud sedia ada sebelum atau selepas polisi berkuatkuasa.

    4. Penyakit yang tiada masalah kemasukan ke hospital selepas 120 hari atau sebelum 24 bulan adalah penyakit acute (sekali jadi).

    Contohnya: keracunan makanan, kemalangan, oppenaicitis, denggi dan penyakit-penyakit lain yang bukan kronik dan berulang.


    Kredit artikel asal: Laman sesawang rasmi Prudential BSN Takaful

    Hubungi saya untuk rundingan percuma di http://wa.link/n6ncn5 

    atau 

    klik pautan ini untuk rundingan percuma (Free Quotation & Consultation) di 

    https://forms.gle/UVqxV2fKw8yCmBFr6 


    Abdul Rahman 


    Your friendly neighbourhood takaful agent 


    MD3 Agency




    Tempoh Menunggu (Waiting Period)

     




    Kredit artikel asal: Laman sesawang rasmi Prudential BSN Takaful

    Hubungi saya untuk rundingan percuma di http://wa.link/n6ncn5 

    atau 

    klik pautan ini untuk rundingan percuma (Free Quotation & Consultation) di 

    https://forms.gle/UVqxV2fKw8yCmBFr6 



    Abdul Rahman 



    Your friendly neighbourhood takaful agent 



    MD3 Agency


    Industri Insurans, Takaful Cari Kaedah Kurangkan Perbelanjaan Pesakit Covid-19

    | | 17 Januari 2021




    KUALA LUMPUR - Industri insurans dan takaful sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan serta Bank Negara Malaysia untuk meneroka kaedah bagi mengurangkan perbelanjaan rawatan pesakit Covid-19 khususnya di hospital swasta.


    Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dalam satu kenyataan bersama memberitahu secara amnya, risiko berkaitan pandemik tidak dilindungi di bawah mana-mana pelan insurans dan takaful di seluruh dunia.


    "Pengecualian itu berpunca daripada kesukaran menetapkan harga untuk perlindungan berkaitan peristiwa seperti pandemik yang mungkin hanya berlaku sekali seumur hidup termasuk impak dan kos yang tidak dapat diduga. Covid-19 adalah pandemik; oleh itu ia tidak diinsuranskan/dilindungi di bawah manfaat insurans/takaful perubatan serta kesihatan.

    Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/119574/KHAS/Covid-19/Industri-insurans-takaful-cari-kaedah-kurangkan-perbelanjaan-pesakit-Covid-19

    © 2021 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

    Wednesday, January 6, 2021

    Glosari Konsep Fiqh

     


    Entri

    Maksud

    Mudharabah

    Perjanjian di antara usahawan dan pemberi modal dalam suatu usaha niaga bagi berkongsi keuntungan dengan nisbah yang dipersetujui bersama. Kerugian ditanggung oleh pemberi modal.

    Syariah

    Undang-undang Islam.

    Tabarru’

    Sebahagian caruman peserta bagi tujuan tolong-menolong sesama peserta takaful dan digunakan bagi membayar tuntutan daripada peserta yang layak.

    Takaful

    Jaminan bersama yang diberi oleh sekumpulan individu daripada risiko tertentu atau bencana yang menimpa kehidupan seseorang, harta atau benda berharga.

    Tijari

    Perniagaan yang dijalankan secara komersil.

    Wakalah

    Hubungan wakil/ejen dan prinsipal yang wujud apabila seseorang melantik orang lain untuk bertindak bagi pihaknya.


    Kredit artikel asal: Laman sesawang rasmi Bank Negara Malaysia (BNM)




    Hubungi saya untuk rundingan percuma di http://wa.link/n6ncn5

    atau

    klik pautan ini untuk rundingan percuma (Free Quotation & Consultation) di

    https://forms.gle/UVqxV2fKw8yCmBFr6



    Abdul Rahman



    Your friendly neighbourhood takaful agent



    MD3 Agency

    Glosari Takaful Am



    Entri

    Maksud

    Caruman Bersih

    Caruman kasar selepas ditolak semua caruman takaful semula kena bayar

    Caruman Langsung Kasar

    Caruman berdasarkan kadar kasar asal yang dikenakan ke atas pelanggan untuk perniagaan takaful langsung tanpa potongan komisen atau brokeraj.

    Fasal Purata

    Menetapkan bahawa perkadaran kerugian yang ditanggung oleh kumpulan wang takaful bergantung pada jumlah nilai dilindungi kepada jumlah nilai risiko.

    Indemniti

    Pemulihan kerugian kepada pihak yang menuntut dengan cara bayaran, pembaikan atau penggantian.

    Kerugian Menyeluruh

    Kerugian yang begitu besar sehingga ianya boleh dianggap sebagai tidak mempunyai nilai lagi.

    Tuntutan Tertanggung Tetapi Tidak Dilaporkan

    Kerugian yang berlaku sepanjang tempoh yang dinyatakan, biasanya sesuatu tahun kewangan, tetapi masih belum dilaporkan kepada pengendali takaful semasa tarikh dalam pertimbangan.

    Keuntungan/Kerugian Pengunderaitan

    Pendapatan caruman terperoleh selepas ditolak tuntutan bersih tertanggung, komisen dan perbelanjaan pengurusan.

    Nisbah Bendungan

    Nisbah caruman bersih kepada caruman langsung kasar dan caruman takaful semula diterima tolak takaful semula dalam Malaysia.

    Nisbah Tuntutan

    Nisbah tuntutan bersih tertanggung kepada caruman terperoleh.

    Pendapatan Caruman Terperoleh

    Caruman bersih selepas ditolak peruntukan untuk rizab bagi caruman tidak terperoleh pada akhir tahun campur rizab bagi caruman tidak terperoleh pada awal tahun.

    Rizab Caruman Tidak Terperoleh

    Caruman yang diterima bagi risiko yang belum tamat pada akhir tempoh perakaunan.

    Caruman Langsung Kasar

    Caruman berdasarkan kadar kasar asal yang dikenakan ke atas pelanggan untuk perniagaan takaful langsung tanpa potongan komisen atau brokeraj.

    Takaful Am

    Perlindungan kepada peserta daripada kerugian akibat bencana seperti kemalangan,kebakaran, banjir, liabiliti dan kecurian.

    Triti Fakultatif

    Kontrak takaful semula yang menetapkan pengendali takaful yang mengesid mempunyai pilihan bagi mengesid dan pengendali takaful semula mempunyai pilihan bagi menerima atau menolak sesuatu risiko.

    Triti Lebihan Kerugian

    Sejenis triti takaful semula yang menetapkan pengendali takaful semula membayar semua atau peratusan yang ditentukan daripada kerugian yang timbul akibat kejadian atau peristiwa (sering kali bersifat lebih hampir kepada malapetaka) melebihi jumlah yang ditetapkan, dan sehingga ke suatu had yang ditetapkan.hospital, kos pembedahan dan bil lawatan doktor pada risiko seseorang menghidapi sesetengah penyakit atau kecederaan akibat kemalangan.

    Triti Proposional

    Kontrak di antara pengendali takaful dan pengendali takaful semula bagi menyertai perkadaran tertentu, pembahagian caruman dan kerugian ke atas setiap risiko yang tertakluk di bawah skop kontrak itu.

    Tuntutan Bersih Tertanggung

    Tuntutan bersih dibayar selepas ditolak peruntukan bagi tuntutan belum dibayar pada awal tahun campur peruntukan bagi tuntutan belum dibayar pada akhir tahun.


    Kredit artikel asal: Laman sesawang rasmi Bank Negara Malaysia (BNM)




    Hubungi saya untuk rundingan percuma di http://wa.link/n6ncn5

    atau

    klik pautan ini untuk rundingan percuma (Free Quotation & Consultation) di

    https://forms.gle/UVqxV2fKw8yCmBFr6



    Abdul Rahman



    Your friendly neighbourhood takaful agent



    MD3 Agency

    Glosari Takaful Keluarga



    Entri

    Maksud

    Akaun Peserta

    Akaun bagi mengkreditkan sebahagian caruman peserta bagi tujuan pelaburan/simpanan.

    Akaun Khas Peserta

    Akaun bagi mengkreditkan sebahagian caruman peserta bagi tujuan tabarru’.

    Anuiti Takaful

    Kontrak yang memperuntukkan pendapatan secara berkala selepas bersara bagi suatu tempoh

    yang bergantung pada hayat seseorang.

    Caruman

    Wang yang diberi sekali atau secara berkala oleh peserta kepada pengendali takaful bagi tujuan

    pelaburan dan tabarru’.

    Deposit Pengendali Takaful Semula

    Amaun yang didepositkan dengan atau disimpan oleh pengendali takaful sebagai jaminan pelaksanaan kontrak takaful semula oleh pengendali takaful semula

     

    Dokumen Sijil

    Bukti kontrak di antara peserta dengan pengendali takaful yang menetapkan terma dan

    syarat sijil berkenaan.

    Jadual Kemortalan

    Jadual perangkaan yang menunjukkan kadar kematian pada setiap umur, biasanya dinyatakan

    sebagai bilangan kematian bagi setiap ribu.

    Kadar Perbelanjaan

    Nisbah jumlah perbelanjaan bagi sesuatu tahun (termasuk komisen, gaji dan lain-lain) kepada

    jumlah pendapatan caruman selain daripada caruman tunggal dan pembayaran untuk anuiti.

    Lebihan pada Tarikh Penilaian

    Lebihan daripada kumpulan wang takaful dihantar ke hadapan daripada liabiliti aktuari

    kumpulan wang perniagaan takaful keluarga.

    Pendapatan Pelaburan Bersih

    Pulangan pelaburan selepas ditolak kadar nilai dan cukai.

    Rider

    Pindaan kepada syarat sijil takaful bagi meluaskan faedah sijil berkenaan.

    Takaful Berkaitan Pelaburan

    Kontrak yang nilai manfaat sijilnya berubah berdasarkan nilai aset pada waktu itu.

    Takaful Keluarga Individu

    Kontrak yang memperuntukkan manfaat takaful yang dibayar kepada individu akibat kematian/ keilatan kekal menyeluruh atau pendapatan berkala kepada peserta setelah bersara.

    Takaful Keluarga Berkumpulan

    Takaful keluarga (yang kebiasaannya tanpa melalui pemeriksaan perubatan) yang dikeluarkan

    di bawah satu sijil induk bagi melindungi sekumpulan individu. la biasanya dikeluarkan kepada

    majikan untuk faedah para pekerjanya, atau kepada ahli-ahli sesebuah persatuan.

    Takaful Perubatan dan Kesihatan

    Kontrak yang memperuntukkan pembayaran manfaat rawatan perubatan yang khusus seperti kos rawatan di hospital, kos pembedahan dan bil lawatan doktor pada risiko seseorang

    menghidapi sesetengah penyakit atau kecederaan akibat kemalangan.

    Tuntutan

    Pemberitahuan kepada pengendali takaful bahawa pembayaran sejumlah manfaat harus dibuat

    menurut terma sijil.


    Kredit artikel asal: Laman sesawang rasmi Bank Negara Malaysia


    Hubungi saya untuk rundingan percuma di http://wa.link/n6ncn5

    atau

    klik pautan ini untuk rundingan percuma (Free Quotation & Consultation) di

    https://forms.gle/UVqxV2fKw8yCmBFr6



    Abdul Rahman



    Your friendly neighbourhood takaful agent



    MD3 Agency

    Tuesday, January 5, 2021

    Pengecualian Biasa Kad Perubatan (Medical Card Waiver)

     


    - Penyakit sedia ada jika penyakit tersebut tidak dinyatakan di dalam borang cadang atau

    borang lain yang berkaitan selepas sijil berkuatkuasa

    - Penyakit spesifik yang berlaku semasa 120 hari yang pertama Tempoh Menunggu.

    - Apa-apa keadaan perubatan atua fizikal yang berlaku dalam tempoh menunggu 30 hari yang pertama dari tarikh sijil, kecuali kecederaan akibat kemalangan.

    - Sebarang gigitan serangga termasuk gigitan nyamuk dan kecacingan semasa tempoh menunggu 30 hari yang pertama dari tarikh sijil berkuatkuasa.

    - Pembedahan plastik/kosmetik, khatan, pemeriksaan mata, cermin mata, lensa, pembetulan rabun dekat dan jauh, pembedahan (keratotomy radial atau lasik) dan penggunaan atau pemerolehan perkakas atau alat prostetik luaran atau peranti perubatan tidak terhad kepada anggota tiruan, alat bantuan mendengar koklea radas, perentak luaran atau diimpian.

    - Penyakit pergigian termasuk rawatan pergigian atau pembedahan oral kecuali disebabkan oleh kemalangan, pembedahan atau penyakit.

    - Apa-apa rawatan atau pembedahan dijalankan untuk Keadaan Sejak Lahir (Kogenital) termasuk penyakit keturunan.

    - Sebaran rawatan disebabkan oleh kehamilan sama ada secara langsung atau tidak.

    Kecuali bagi manfaat Komplikasi Kehamilan di bawah plan Health Enrich.

    - Kemasukan ke hospital yang tujuan utamanya ialah untuk penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan Xray,

    pemeriksaan fizikal am atau pemeriksaan kesihatan rutin;

    rawatan khusus untuk megurangkan atau menambahkan berat badan; pemulihan, penjagaan atau rehat pulih.

    - Bunuh diri, percubaan membunuh diri atau kecederaan diri yang disengajakan.

    - Sebarang kecederaan atau penyakit yang disebabkan oleh peperangan, rusuhan atau

    cubaan melanggar undang-undang.

    - Radiasi pengionan atau pencemaran radioaktif daripada mana-mana bahan api nuclear atau sisa nuklear.

    - Siasatan dan rawatan ganguan tidur, berdengkur, rawatan untuk perpeluhan yang berlebihan dan yang berkaitan (rujuk sijil untuk pengecualian lengkap).

    - AIDS, kewujudan sebarang jangkitan HIV atau penyakit yang disebarkan melalui hubungan seks.

    - Perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan perubatan.

    - Penyakit mental, penyakit jiwa, penyalahgunaan/ketagihan arak atau bahan.

    - Sukan professional, sebarang jenis perlumbaan, selam skuba, aktiviti sukan udara dan sebarang aktiviti atau sukan berbahaya lain kecuali mendapatkan endorsement tertentu daripada syarikat.

    - Perbelanjaan yang ditanggung untuk menukar seks dan transformasi jantina.

    - Caj-caj yang tidak Berpatutan dan Biasa diamalkan, atau caj-caj yang melebihi caj yang Berpatutan dan Biasa Diamalkan.

    NOTA PENTING: SILA RUJUK BUKU SIJIL UNTUK SENARAI PENUH PENGECUALIAN


    Kredit artikel asal: Laman sesawang rasmi Prudential BSN Takaful

    Hubungi saya untuk rundingan percuma di http://wa.link/n6ncn5 

    atau 

    klik pautan ini untuk rundingan percuma (Free Quotation & Consultation) di 

    https://forms.gle/UVqxV2fKw8yCmBFr6 



    Abdul Rahman 



    Your friendly neighbourhood takaful agent 



    MD3 Agency


    PruBSN Aspirasi

    Merupakan penyelesaian takaful untuk menjamin masa depan anda dari segi simpanan, pelaburan dan perlindungan, semua dalam satu pelan. Dengan...